Friday 2 December 2011

Amalkan Cara Hidup Sihat


Hari ni saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semua mengenai amalan cara hidup yang sihat. Sudah pasti ramai antara anda yang telah mengetahui cara untuk mengamalkan hidup yang sihat mengikut cara dan fahaman masing-masing kan. Emm...tapi xpelah untuk hari ini saya dengan rasa berbesar hati ingin juga nak berkongsi sedikit info mengenai amalan cara hidup sihat ni tau.
Ok, baiklah mari kita sama-sama lihat apakah kunci untuk sihat sepanjang hayat.....

Kunci untuk sihat sepanjang hayat.
Untuk sihat sepanjang hayat kita mestilah mengamalkan cara-cara hidup yang sihat juga. Antaranya amalan cara hidup sihat ialah dengan:
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress
Ok, apabila kita sudah mengamalkan cara hidup yang sihat apakah yang akan kita perolehi? Sudah tentulah faedahnya. Apa pula faedah yang akan kita dapat jika mengamalkan cara hidup sihat ini? Aha...inilah dia antara faedah yang akan kita perolehi jika kita mengamalkan cara yang hidup sihat. Faedah-faedahnya ialah,
  • Meningkatkan status kesihatan diri
  • Mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
  • Membuat diri kita kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan kita memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

1. Makan secara Sihat
Bagaimanapula dengan makan secara sihat? Adakah anda semua tahu mengenainya? Makan secara sihat ialah dengan kita:
  • Menikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Memilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Memilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
 Disini saya sertakan juga 1 contoh sajian yang sihat untuk anda semua sebagai panduan.

Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • ½ cawan nasi (putih atau perang)
  • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1½ keeping capati
  • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
  • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
  • ½ biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis

Kita teruskan lagi dengan amalan yang berikutnya. Sudah pasti ramai yang akan marah dan tidak puas hati dengan jawapan saya yang kedua ini. Mengapa saya berkata demikian? Semua nak tahu apakah amalan cara hidup sihat yang berikutnya?

2. Tidak Merokok

Ye, inilah jawapannya. Merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mereka-mereka yang menghisapnya mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit yang serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Selain dari itu juga kita semua sudah tahu yang merokok itu boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Ini adalah disebabkan asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Oleh itu, gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok. Dibawah ini saya berikan sedikit tips-tips kepada perokok-perokok yang tegar untuk berhenti merokok ye. Antara cara-cara untuk berhenti daripada merokok ialah dengan:
  • Menetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri yang anda boleh lakukannya
  • Buat nota peringatan supaya anda sentiasa ingat azam yang telah anda buat
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiada berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan daripada orang-orang yang tersayang
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan petua 10 M untuk berhenti merokok

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah amalan petua 10 M tu ye. Heheheheheheh, tada inilah dia 10 amalan tersebut.
    • Melengahkan-lengah
    • Minum banyak air
    • Menarik nafas panjang
    • Membuat sesuatu
    • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
    • Mengunyah sesuatu
    • Membasuh tangan
    • Mandi dengan kerap
    • Melakukan senaman regangan
    • Memohon doa

3. Lakukan Aktiviti Fizikal  

Ianya merupakan amalan cara hidup sihat yang keempat.Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup yang tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi. Bagi mengelakkan semua itu terjadi kita perlulah melakukan aktiviti fizikal. Bagaimanakah caranya? emmmm... inilah dialah salah satu contoh aktiviti fizikal yang boleh anda semua lakukan.
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Saya sertakan juga contoh aktiviti fizikal yang boleh kita lakukan setiap hari sebagai panduan rakan-rakan semua. Antara contoh aktiviti fizikal yang boleh kita lakukan setiap hari ialah:

AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

Adakah anda semua tahu bahawa bersenam itu bagus untuk kesihatan jantung?  Gunakan FITT sebagai panduan.

F
Frequency : (Kekerapan)
3 – 5 kali seminggu
I
Intensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T
Time : (Masa)
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T
Type : (Jenis)
Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.


 4. Tangani Stres

Yang terakhir sekali amalan cara hidup sihat ialah dengan menangani stress. Tahukan anda apakah yang menyebabkan berlakunya stress ini? Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, dan berpanjangan akan menyebabkan anda tidak ada kemampuan untuk mengawal kemarahan. Oleh itu kita perlulah bijak dalam mengawal kemarahan. Apakah yang harus anda lakukan jika anda sedang marah?Ini adalah cara-cara untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Bagaimana pula cara untuk kita mengurangkan kemungkinan untuk marah? Baiklah,saya berikan juga antara tips-tips yang berguna untuk anda semua aplikasikan apabila anda berasa ingin marah. Antaranya ialah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Sampai disini dahulu coretan saya pada kali ini. Insyaallah saya akan berkongsi lagi topik2 yang menarik buat tatapan anda semua. Semoga apa yang saya kongsikan dan berikan kepada anda semua dapat memberi manfaat dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selamat mencuba ye..............



No comments:

Post a Comment