Sunday 20 November 2011

Tips Menguruskan Badan Melalui Minuman


Jika kita terasa seperti ingin menurunkan berat badan, ia bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, tetapi ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang anda minum. Ketahuilah bahawa, minuman ringan, jus buah-buahan yang kita anggap sebagai membantu proses penurunan berat badan dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda.

 Antara jenis - jenis minuman yang boleh kita amalkan untuk membantu kita menurunkan berat badan ialah:

  • Air masak 
Air masak adalah pilihan yang terbaik untuk kita minum bagi membantu kita menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama kita sepanjang hari. Kita boleh mempelbagaikan kaedah meminum air masak seperti menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan mungkin juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambah banyak kalori bagi mengelakkan rasa bosan menikmati air masak.

  • Jus sayur-sayuran 
Perbanyakkan amalan minum jus sayur-sayuran walaupun ianya agak pelik. Tetapi percayalah ianya adalah cara terbaik mendapatkan serat dan nutrisi yang tubuh kita perlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Untuk pengetahuan juga, inilah amalan ramai selebriti - selebriti luar negara bagi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal mereka. Bagi mendapat hasil yang lebih hebat, carilah sayuran yang mempunyai kandungan natrium yang rendah kerana ianya adalah lebih baik. Ianya juga dapat membuatkan anda berasa kenyang untuk lebih lama.

  • Teh yang tidak terlalu manis 
Sememangnya teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Jika kita perasan masyarakat Jepun mengamalkan teh hijau sejak dari zaman berzaman lagi. Itulah rahsia majoriti rakyat Jepun mempunyai berat dan bentuk badan yang ideal. Tetapi, pastikan kita memasukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula ke dalam minuman kita. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh kita daripada racun.

  • Kopi 
Walaupun kopi sering dianggap minuman masyarakat kuno, tetapi hakikatnya secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu kita untuk menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi kita perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk anda merasai kesannya.

  • Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang kita pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya kita menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan. 

Selamat mencuba!

Pelbagai lagi tips untuk dikongsikan:

1 comment: